Monday 11 April 2011

Ahlan Wasahlan Wa Marhaban biikum ila Blog ana....=)





...HAYYA BIL LUGHATUL ARABIAH.....



....MAN ANA ??....

N@FSii....

...HASIL PEMBELAJARAN...


....RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH )....


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH )


TARIKH : 4 APRIL 2011                                                                              
HARI: ISNIN
MASA : 7.30 A.M - 8.10 A.M
KELAS: TINGKATAN 4 IBNU SINA
PELAJAR: 25
PELAJARAN: NAHU
TAJUK: ISIM SYARAT

LANGKAH/MASA
KANDUNGAN
AKTIVITI
ALAT BANTU MENGAJAR
Set Induksi
(5 minit)
- Muqadimah
- Guru meminta para pelajar membaca nota yang terdapat dalam powerpoint seterusnya memahami dan menghafal ta’rifnya
- Para pelajar membaca dan seterusnya menghafal ta’rif tersebut sepertimana diminta oleh guru.
- Powerpoint (slide)
- kertas
- Pen
Sesi pengajaran
(30 minit)





- Guru mengaitkan aktiviti dengan tajuk yang akan dipelajari
- Guru menjelaskan kandungan pelajaran yang akan dipelajari
dari segi pengenalan ta’rif, adawat (huruf-hurufnya) dan pembahagiannya.

- Guru membahagikan murid kepada 5 kumpulan.
- Kemudian guru meminta wakil dari kumpulan  pelajar tersebut untuk menjawab soalan-soalan yang terdapat dalam powerpoint tersebut.
- Guru juga meminta setiap kumpulan mencari adawat syarat di dalam Al-quran.
- Guru meminta setiap dari kumpulan pelajar itu perlu menyiapkan latihan yang terdapat dalam buku teks dan dihantar pada minggu hadapan.

- Powerpoint (slide)
- buku teks
- Papan hitam
Penutup
( 5 minit)
- ulangkaji semula secara ringkas
- guru meminta pelajar mengambil point yang penting dan membuat peta minda mengenai tajuk yang dipelajari tadi.
- Guru meminta setiap pelajar membentangkan peta minda tersebut pada minggu hadapan.
- buku nota

Refleksi

- Pelajar dapat mengetahui dengan lebih mendalam maksud Isim syarat yang betul
- Pelajar dapat mengenali adawat syarat dan boleh membezakannya untuk penggunaan dalam sesuatu ayat.
                     

TARIKH: 11 APRIL 2011                                                                              
HARI: ISNIN
MASA : 7.30 A.M - 8.10 A.M
KELAS: TINGKATAN 4 IBNU SINA
PELAJAR: 25
PELAJARAN: NAHU
TAJUK: ISIM SYARAT


LANGKAH/MASA
KANDUNGAN
AKTIVITI
ALAT BANTU MENGAJAR
Set Induksi
(5 minit)

-Ulang kaji pelajaran lepas

-Sesi soal jawab dengan pelajar tentang pengenalan isim syarat

- papan hitam
- powerpoint (slide)
Sesi pengajaran
(30 minit)

- Seterusnya guru menjelaskan pengertian kandungan pelajaran dari segi ta’rif setiap adawat  syarat dan fungsi serta hukum penggunaannya dengan lebih mendalam dalam membuat ayat atau dalam sesuatu ayat. Selain itu, memberi contoh- contoh ayat yang mengandungi adawat tersebut.

- Pelajar diminta mendengar dan mencatat isi-isi penting dalam pelajaran tersebut.
- Setelah menerangkan dengan lebih terperinci, guru meminta para pelajar menjawab soalan yang terdapat dalam power point yang disediakan oleh guru.
- Setelah siap, guru meminta wakil dari para pelajar untuk memberi setiap jawapan soalan dengan betul.

- Powerpoint (slide)
- Pen
- Buku latihan
- Buku Teks
Penutup
( 5 minit)
- ulangkaji semula secara ringkas

- guru meminta pelajar memberi contoh ayat selain daripada ayat yang terdapat dalam buku  yang menggunakan ada isim syarat dan adawat syarat.
- buku latihan

Refleksi

- Pelajar dapat mengetahui dengan lebih mendalam maksud setiap adawat syarat dengan  tepat.
- Pelajar mampu membezakan cara penggunaan adawat syarat
 dalam contoh-contoh yang diberikan.
- Pelajar juga dapat membuat ayat yang betul dalam bentuk  ayat menggunakan adawat tersebut.

TARIKH: 18 APRIL 2011                                                                              
HARI: ISNIN
MASA : 7.30 A.M - 8.10 A.M
KELAS: TINGKATAN 4 IBNU SINA
PELAJAR: 25
PELAJARAN: NAHU
TAJUK: ISIM SYARAT

LANGKAH/MASA
KANDUNGAN
AKTIVITI
ALAT BANTUAN MENGAJAR
Set Induksi
(5 minit)
- Muqadimah
- ulangkaji pelajaran lepas
- Guru memilih beberapa orang pelajar untuk membuat penerangan serta membentangkan peta mindanya di hadapan kelas berkenaan tajuk pelajaran lepas.
- Papan Hitam
- kapur

Sesi pengajaran
(30 minit)






- Seterusnya guru menyambung pelajaran lepas dengan menerangkan pengertian kandungan pelajaran dari segi hukum I’rab Isim Syarat

- Guru meminta pelajar untuk membuat kumpulan yang mana dalam satu kumpulan itu hanya terdapat dua orang pelajar sahaja.
- Kemudian guru memberi setiap kumpulan tersebut satu kertas soalan tentang situasi yang akan mereka lakonkan berdasarkan hiwar yang akan mereka  bina .
- Guru meminta pelajar menulis hiwar menggunakan ayat yang ada isim syarat dan adawat syarat.
- Setelah siap, guru akan memilih kumpulan pelajar  yang bertuah untuk melakonkan hiwar mereka di hadapan kelas.
- Seterusnya, guru memberi latihan di dalam buku teks dan dihantar pada kelas minggu hadapan.

- kertas
- buku teks
- Papan hitam
- Pen
- Buku latihan

Penutup
(5 minit)

- Ulangkaji semula secara ringkas

- Pelajar dikehendaki mempraktikkan    penggunaan adawat syarat  semasa berbual dengan rakan-rakan.              

Refleksi

- Pelajar mampu mengetahui dengan lebih mendalam untuk mengi’rab ayat yang mengandungi Isim Syarat
- Pelajar juga dapat membuat ayat  isim syarat cara penggunaan dengan cara yang lebih tepat dan betul.
- Pelajar dapat membezakan contoh ayat yang mengandungi adawat syarat di dalam al-Quran seumpamanya.
-Pelajar dapat mengaplikasikan adawat syarat dalam kehidupan seharian mereka.



....RANGKA PENGAJARAN....

....TA'RIF ISIM SYARAT...


....ADAWAT SYARAT.....

...TA'RIF SETIAP ADAWAT BERSERTA CONTOH DAN I'RABNYA....






....KEDUDUKAN DALAM NAHU....

...SOALAN OBJEKTIF....

...SOALAN SUBJEKTIF....



....RUJUKAN...